Photobucket Photobucket


My Blog List

Mahasiswa serah Suhakam memorandum

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Kecewa tiada tindakan diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi, beberapa pertubuhan mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suhakam berhubung pencabulan hak dalam pilihan raya kampus.

Kumpulan yang diketuai Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Mohd Taufiq Abdul terlebih dahulu mengadakan gimik bantahan dengan membawa keranda yang tertulis “Demokrasi Kampus” sebelum mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah di pejabat Suhakam di sini.

Turut hadir Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Yusof Hadhari Saidon dan Setiausaha Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Mohd Nazreen Jaafar.

Menurut Mohd Yusof Hadhari, memorandum yang diserahkan kepada Suhakam menuntut beberapa perkara dalam usaha mengembalikan kebebasan dalam melaksanakan pilihan raya kampus.

“Kami menuntut supaya mahasiswa dibebaskan daripada cengkaman politik kepartian, mengembalikan semula demokrasi dan kebajikan mahasiswa di seluruh kampus dan kami juga mahukan pusat pengundian ditukar dari kolej ke fakulti.

“Selain itu, kami juga mahukan suruhanjaya bebas bagi memantau perjalan pilihan raya kampus, kami juga mahukan sistem e-pengudian dimansuhkan, tarikh pilihan raya kampus diumumkan lebih awal dan tempoh berkempen dipanjangkan selama satu minggu,” katanya pada sidang media di sini.

Pada sidang media itu, Pro Mahasiswa Nasional turut melancarkan manifesto “Kerajaan Mahasiswa, Mahasiswa Memimpin Mahasiswa” sempena pilihan raya kampus 2011.

“Kerajaan mahasiswa merupakan satu model pentadbiran mahasiswa di kampus yang bertindak sebagai pemimpin sebuah negara kecil mahasiswa di kampus seluruh negara.

“Justeru, kita harap supaya mahasiswa diberi ruang untuk memperkasakan potensi dan kemampuan diri, bukan sekadar di lapangan akademik tetapi dalam hal-hal lain juga,” kata Mohd Taufiq.

Posted by SiswaLaNie on 7:28 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Mahasiswa serah Suhakam memorandum

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery