Photobucket Photobucket


My Blog List


Bini Puaka : Mahasiswa Dihalang Beri Sokongan Moral

KUALA LUMPUR Pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba menghalang mahasiswa dari memberi sokongan moral kepada lima tertuduh kes ‘Bini Puaka’ yang keputusannya dijangka diketahui esok.

Pengerusi ProMahasiswa UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata pihaknya menerima panggilan daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ewal Pelajar yang meminta supaya tidak membawa mahasiswa mendengar keputusan mahkamah.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tetap dengan pendirian untuk membawa mahasiswa university itu ke mahkamah kerana berpendapat pentadbiran UPM tidak ada kuasa menghalang mahasiswa daripada mendengar keputusan mahkamah.

“Sebaliknya, kami menyeru mahasiswa supaya beramai-ramai memberi sokongan moral kepada lima tertuduh yang terdiri daripada golongan mahasiswa,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Lima mahasiswa, Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen di sini.

Perbicaraan kes berlangsung sejak 16 Jun lalu kerana didakwa menconteng perkataan "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang dikatakan dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa mahasiswa di seluruh kampus supaya mengadakan solat hajat mendoakan kemenangan kes bagi kelima-lima mahasiswa itu.

Terdahulu, pelbagai gesaan dari golongan mahasiswa untuk berhimpun bagi memberi sokongan moral kepada lima mahasiswa itu.

Posted by SiswaLaNie on 3:07 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Bini Puaka : Mahasiswa Dihalang Beri Sokongan Moral

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery