Photobucket Photobucket


My Blog List


MPP UKM tolak cadangan bayar PTPTN secara potongan gaji.


MPP Mahasiswa UKM melihat cadangan Perbadangan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan pemotongan gaji secara wajib ke atas peminjam wajar dikaji semula dan dijadikan alternatif terakhir.

MPP Nasiha binti Omar ketika dihubungi Wartawan PM-UKM berkata, " Kita (mahasiswa) sememangnya perlukan (banyak) duit. Dan PTPTN tawarkannya sejak 13 tahun lalu. Isu di sini kenapa sudah 13 tahun, PTPTN sampai sekarang masih gagal sediakan mekanisme yang efektif dan efisen (untuk mengutip kembali pinjaman) ? Kenapa tidak fikirkan mekanisme yang lebih fleksibel, (seperti) bentuk pinjaman boleh ubah atau pinjaman tersebut boleh ditukar-tanggung kepada majikan tempat peminjam bekerja ?

MPP Nasiha dalam pada itu mengakui pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai prasarana termasuk dalam bidang pendidikan hari ini tetapi pada pandangan beliau, pihak kerajaan sepatutnya menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan menyediakan sumber kewangan pendidikan seperti biasiswa-biasiswa atau sekurang-kurangnya pinjaman-boleh-ubah yang luas ditawarkan agensi-agensi kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada rakyat memandangkan kerajaan saban tahun mengutip bermacam-macam cukai daripada rakyat.

Isu ini turut mendapat respon saudari Farih Najihah yang juga MPP Fakulti Perubatan 3-5," Isu peminjam liat membayar balik pinjaman PTPTN memang sudah lama (berlaku). Ia bukan isu baru, (malah) isu basi yang sepatutnya telah selesai. Sejak ditubuhkan lama dahulu, saban tahun tidak habis-habis isu ini."
" Kita akui apa yang kerajaan sediakan hari ini, (tetapi) kerajaan tolong fikirkan idea baru . (Atau) sekurang-kurangnya dengar dulu pandangan kami mahasiswa (berkenaan isu PTPTN ini) sebelum putuskan apa-apa. Kami (mahasiswa ) hari ini belum bekerja lagi awal-awal lagi sudah dipaksa berhutang. Sekarang, hendak dipotong pula duit gaji yang diterima," ujar MPP Farih lagi.

Untuk makluman, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan. Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.
Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

Posted by SiswaLaNie on 5:45 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for MPP UKM tolak cadangan bayar PTPTN secara potongan gaji.

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery