Bini Puaka : Mohon Solat Hajat & Doa dari semua pihak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hanya 3 hari sahaja lagi Mahkamah akan membuat Keputusan terhadap kes yang melibatkan 5 mangsa puaka iaitu Sdr Shazni Munir, Izzudin Hilmi, Aizat Rosalan, Saufi Jelani dan Shahruldeen.
Dalam menunggu dan saya yakin keputusan sudah tersedia di tangan Hakim bagi memutuskan kes yang bersabit khianat, conteng dan cubaan bakar ini.
Sehubungan dengan itu, saya selaku Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa dan memohon kepada seluruh aktivis mahasiswa, mahasiswa-mahasiswa di seluruh kampus dan masyarakat malaysia untuk sama-sama mengadakan solat hajat dan disamping mendoakan kemenangan di dalam kes ini.
Tidak ada yang dapat mengubah keputusan kecuali dengan Kuasa Allah S.W.T sahaja. Marilah atas dasar kebersamaan dan perjuangan kita bersama memanjatkan kepada Allah Tuhan Punya Dunia.
Moga-moga di antara doa-doa yang kita panjatkan akan ada yang dimakbulkan oleh Allah S.W.T
Sekian....
Mohd Ridzuan Othman
SU Gerakan SMM