Photobucket Photobucket


My Blog List


Saya “anti” POLITIK?

Quantcast
Berikan aku masa dan membeComposeri aku ruang, Berikan aku nyata jangan beri aku palsu, Berikan aku kekuatan, kawalan cadangan, Beri aku hati dan memberi saya jiwa, Berikan aku waktu, beri kami ciuman, Ceritakan Politik anda sendiri…..( ini lirik lagi yang di translet Coldplay -Politik)

Baru-baru ini dilaporkan kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).
Angka ini pada saya sangat besar dan perlu diberi perhatian oleh mana-mana pihak untuk memastikan suburnya demokrasi  di Negara tercinta ini..
demokrasi????
Ekoran dari statistik tersebut, kita mendapati terutamanya daripada parti-parti Politik tidak  kisah samada yang mendokong semangat hijau, semangat dacing, semangat bulan sabit, mahupun semangat roket.

Mereka (parti politik) begitu memahami bahawa strategi untuk menang adalah dengan mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru jika ingin memperolehi kemenagan pada PRU 13 .

Bagi mereka (yang belum mendaftar ) ada yang “teransang” untuk membuat tindakan segera hasil usaha parti -parti politik dan NGO-NGO  dengan mendaftar diri . Namun tidak kurang banyaknya juga yang menjadi “lembu Kenyang” atau dalam erti kata , tidak ambil serius dengan tanggungjawab uttuk mendaftar sebagai pengundi baru .

Kenapa Mereka tidak mahu mendaftar ?
Persoalan inilah yang sering menjadi tanda tanya dalam diri saya  juga barangkali pada mereka yang ada kesedaran untuk melihat perubahan halatuju negara pada masa depan.

Namun pada pandangan saya setelah membuat taakulan, dan pemerhatian semasa  , keadaan ini adalah disebabkan oleh rasa “Mual” anak muda /mahasiswa dengan POLITIK.

Anak muda saya ertikan mereka yang berada dalam fasa segar, semangat , ada idealisma sendiri, kefahaman yang jelas . Bahkan mereka adalah aset penting untuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Mereka terdiri daripada kelompok pelajar , mahasiswa dan pengerak-pengerak massa di medan masyarakat yang luas dalam pelbagai lapangan .

POLITIK yang saya maksudkan sehingga menjadi kegeraman anak muda yang sudah “mual” ini adalah politik parti @ politik kuasa  yang penuh dengan cacamerba (haru-biru), saling mengutuk antara satu sama lain, rasuah, pergaduhan, penipuan dan banyak lagi sehingga membuatkan mereka pening kepala dan sudah tidak tahan dengan keadaan Politik semasa yang berlaku.

Bagi mereka ini , adalah lebih baik mereka campak jauh-jauh persoalan Politik ,fikir pasal diri sendiri cukup. Nanti mati kubur pun asing-asing , jadi apa yang berlaku pada negara dan keadaan semasa,  biar mereka (Politikus= ahli politik) yang pulun habis-habisan .

Keji sangatkah  Politik?
Ya, memang keji pada saya jika meletakan diri dalam diri mereka yang  “tension” dengan  politik semasa. Mana tidaknya, anak muda khususnya mahasiswa,  kebanyakanya lebih suka melakukan benda yang mereka suka, mudah, dan menjamin masa depan yang cerah, mengejar keputusan cemerlang, seterusnya mengharap pekerjaan yang menjanjikan puluhan ribu dalam poket  untuk menampung kos sara hidup apabila sudah berkeluarga dan berpangakat besar . Bagi mereka senario politik yang terpampang depan mata mereka, mengganggu halatuju mereka itu.

Namun tidak semua begitu. Ada juga sebahagian anak muda yang celik Politik. Pada saya makna POLITIK perlu dijelaskan  semula. Pendidikan Politik melalui wacana semasa perlu diperkasakan.   Jika mahasiswa atau anak muda memandang politik sebegitu , makna kata keadaan semakin teruk .

Saya bukan risau andaikata anak muda/ mahasiswa  ini tidak sertai mana-mana parti politik pada waktu ini, kerana pada saya mereka tidak perlu meletakan kefahaman dan target akhir bahawa untuk bersama- sama dengan PAS, BN, DAP dan sebagainya. Ini kerana, masing-masing ada medan juang  dan profesion masing-masing (kerja ) , Gunakan medan itu untuk buat “core Bussines” kita iaitu “PENDAKWAH”.

Parti politik hanya Wasilah bukan Matlamat. Namun politik di sini saya tegaskan dengan merujuk statistik ini :
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya kepada Dewan Rakyat, berkata, bilangan jenayah seksual termasuk liwat dan sumbang mahram meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2005. Tahun lalu sahaja, terdapat 4,238 kes jenayah seksual berbanding 3,986 kes (2008), 3,689 kes (2007), 2,943 kes (2006) dan 2,427 kes (2005). Daripada perangkaan ini, kes-kes rogol menduduki tempat teratas.
Pada tahun lalu, sejumlah 3,626 kes rogol telah dilaporkan oleh mangsa kepada pihak polis berbanding 3,409 kes (2008), 3,098 kes (2007), 2,431 kes (2006) dan 1,931 kes (2005). Bagi kes-kes sumbang mahram pula, jumlah kes pada tahun lalu meningkat kepada 385 kes daripada 334 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2007, kes yang dicatatkan ialah 360 kes, 332 kes (2006) dan 294 kes (2005). Perangkaan-perangkaan ini cukup membimbangkan. (sumber )

Maksudnya disini, apa sesitiviti kita dengan data ini? atau tidak rasa apa-apa lansung? Jika ada kesedaran , dan mahu memperbaiki keadaan ini, itulah politik yang lahir daripada kesedaran untuk memastikan perubahan daripada perkara yang tidak baik kepada yang baik.

Realitinya sekarang, bukan masalah anak muda / mahasiswa tidak mahu terlibat politik . Masalah mereka adalah meletakan pemahaman yang singkat tentang politik dan mengasingkan diri dari menjadi “penyibuk” dengan urusan,  tentang keadaan , dasar dan halatuju sebuah negara .

Ya, “ancaman pemikiran” juga berlaku. Seringkali dinasihatkan oleh “tok guru’ a.k.a ” mahaguru” dalam siri-siri kuliah di Kampus ( pusat penyembelihan mahasiswa – Al Maududi) , atau di mana-mana sahaja. Mereka kata, buat apa mahu bersusah payah komen sana-komen sini, tegur pemimpin negara itu ini dan sebagainya , kesannya apa pun tiada …bukanya boleh ubah keputusan negara pun…

Dalam hati , sabar saja dulu.
Di sebalik itu , saya bersetuju dengan kata-kata seorang pensyarah di UM :
“Masalah utama yang berlaku di kalangan muda -mudi (mahasiswa ) adalah kebencian mereka pada politik . Dalam erti kata , bila benci politik , maka benci untuk sibukan diri mengambil tahu hal ehwal semasa yang berlaku dalam negara , kesanya mereka sanggup membiar halatuju negara hancur begitu sahaja. “
Oleh itu, mudahnya saya mahu katakan melalui sabda Baginda Saw :
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam dan sejagat , maka mereka bukan daripada kalangan mereka”
Saya begitu gerun dan menginsafi dengan kata-kata Nabi ini . Satu ” ancaman”  dan “amaran” kepada mereka yang mementingkan diri sendiri , lansung tidak memikirkan keadaan orang lain dan keadaan semasa yang ditindas, dizalimi, pemimpin yang buruk akhlaknya, tidak meletakan Islam di hadapan, kesanya negara yang rosak, pemudanya akan pincang. Jika runtuh akhlak pemudanya, runtuhlah tamadun negara itu.

Dalam Islam,Politik ataupun Siasah adalah pagar kepada agama. Politik /siasah memandu halatuju rakyat ke arah syariat yang sebenarnya dengan cara yang tidak melanggar syariat agama. Politik/ siasah/ kuasa penting dalam menjaga agama dan umatnya daripada di tindas.

Sudah tentu yang memegang tampuk kuasa /politik/ siasah adalah mereka yang kita gelar sebagai pemimpin, qiadah, uli amri yang memastikan urusan umat ini di tadbir dengan acuan Islam yang menjamin keamanan dan keadilan untuk semua tidak kira agama, bangsa dan kaum.

Rindunya zaman sebelum 1924- KHILAFAH ISLAMIYAH.
Tidakah kita merindui seperti mana pemerintahan Islam  Zaman Nabi , Khulafa Ar-rasyidin , tabiin -tabiin , sehinggalah sebelum jatuhnya kerajaan Islam pada 1924 kerana perancangan tersusun rapi musuh Islam yang berjaya melenyapkaan kesedaran Politik  di kalangan Umat Islam ??

Bila Umat Islam lemah, sehingga tidak kisah siapa saja pemimpin yang menerajui tampuk pemerintahan , biarlah dia kafir, sekular, sosialis , lansung tidak ambil peduli. MAKA, inilah saat-saat kehancuran umat Islam itu sendiri.

Justeru sekarang ini ,  mengembalikan Politik Islam / Khilafah Islam/ Kuasa Islam / Pemerintahan Islam adalah perkara yang wajib. INI adalah JIHAD yang perlu ada dalam setiap sanubari kita. INILAH matlamat kita , yang mahu ISLAM memerintah dunia ini . Kerana, Islam adalah agama yang terbaik daripada agama lain disisi Allah SWT. ISLAM itu tinggi , tidak ada yang lebih tinggi selain agama Islam.

Kejayaan musuh Islam adalah cukup sekadar mereka berjaya membentuk 3 keadaan ini kepada umat Islam :
1- Keadaan di mana umat Islam Jauh / tidak yakin dengan Al- Quran & sunnah
2-Hilang semangat jihad dalam diri .
3-Berpada dengan bersabar dengan kezaliman , Islam hanya di Masjid, di Kuliah2 agama , Islam bukan dalam semua bidang, inilah dia doktrin SEKULAR dalam minda umat Islam .

Percayalah, pada saya , dan sangat-sangatlah optimis bahawa pertembungan HAK dan BATIL tidak akan pernah henti. Dan pertembungan dua blok itu lebih hebat zaman akhir zaman ini. Hanya mereka yang benar-benar jelas matlamat untuk berada dalam pasukan ALLAH akan selamat dunia dan akhirat.

Saya akhiri dengan kata-kata As- syahid Dr Abdullah Azzam ( prinsip-prinsip JIHAD).
Wahai saudara-saudaraku, orang-orang Yahudi ketika berjuang mendirikan negara Yahudi, mereka bergabung dengan negara yang lain menjadi sekutu kuat mereka ikut terlibat dalam perang dunia. Sehingga mereka mampu mempelajari bagaimana cara berperang dengan baik.
Sesungguhnya , umat ini sangat haus akan JIHAD. mereka ingin berjihad, akan tetapi beban yang ada dalam kepala mereka sangat berat. Beban yang menumpuk-numpuk sehingga memberatkan.  Beban yang muncul akibat TIDUR BERPANJANGAN, LEMAHNYA PERASAAN, BANYAKNYA MAKSIAT , TERPENGARUH DENGAN BUDAYA MUSUH ISLAM, LEMAH SEMANGAT, KENDURNYA KEINGINAN, serta TERHALANG cita-cita DIN yang mulia ini .


MOHD SHAFIE HASHIM

Blog beliau boleh dilawati melalui : Unpredictable

Posted by SiswaLaNie on 2:02 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

1 comments for Saya “anti” POLITIK?

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery